now i'm 23rd week of pregnancy...d moment we wait most..at dis moment
my weight : 71 kg..
my baby's weight : 495gm
i'm a high risk mother's category as having GDM at early stage of pregnancy...but then thanks Allah coz my baby grow well..
Tuesday, 29 November 2011
Sunday, 19 June 2011
SELAMAT HARI BAPA 2011
STANZA BUAT ABAH...
HJ SAID BIN HJ SALLEH
tidak terucap kata syukur
buatmu abah yang amat besar jasa
mendidik dan membesarkan ku
dan abang kakak adik yang lain
tanpa sedikit riak putus asa dan kecewa
dari awal mengenalkan kami makrifatullah
bekalan buat sepanjang hayat kami
hinggalah kami sedewasa ini
abah masih terus mencurah ilmu dan kasih
walau kini kami semua telah dewasa
syukur masih diberi peluang membalas jasa
biar tidak terbalas segala tumpah keringatmu
namun masih berpeluang memanggil namamu
abah...
meniti umur di kala ini
amat perit buat dirimu
namun semangat yang menemanimu
menjadi penerus perjuangan anak-anakmu
walau anakmu bergelar suri kepada sang suami
namun abah tetap teratas untuk dicurahkan cinta
abah...
kami sayang abah
moga Allah terus mencurah rahmat dan nikmatnya
kepada abah..
wajah2 kesayangan
HJ SAID BIN HJ SALLEH
tidak terucap kata syukur
buatmu abah yang amat besar jasa
mendidik dan membesarkan ku
dan abang kakak adik yang lain
tanpa sedikit riak putus asa dan kecewa
dari awal mengenalkan kami makrifatullah
bekalan buat sepanjang hayat kami
hinggalah kami sedewasa ini
abah masih terus mencurah ilmu dan kasih
walau kini kami semua telah dewasa
syukur masih diberi peluang membalas jasa
biar tidak terbalas segala tumpah keringatmu
namun masih berpeluang memanggil namamu
abah...
meniti umur di kala ini
amat perit buat dirimu
namun semangat yang menemanimu
menjadi penerus perjuangan anak-anakmu
walau anakmu bergelar suri kepada sang suami
namun abah tetap teratas untuk dicurahkan cinta
abah...
kami sayang abah
moga Allah terus mencurah rahmat dan nikmatnya
kepada abah..
wajah2 kesayangan
abah diserang sakit TB awal tahun aritu, kene makan ubat setiap hari dan wat follow uo setiap bulan...syafakallah...ni la ubat yg abh kene makan
ini pulak adalah teman yg setia menemani abah..ibuku isteri paling solehah..moga aku mewarisinya
Saturday, 18 June 2011
kEmBaRa MaHkOtA JoHor 2011
hari ini aku berkesempatan menghadiri satu program yang amat dinantikan oleh sekalian warga rakyat negeri johor...KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011...ini mmg acara tahunan Tg Ibrahim sejak jd tg mahkota sampai skang dah jd sultan pun..tahun ni ekspedisi baginda melalui jalan air dan darat, bermula dr jeti di kg jorak muar,akan melalui perjalanan sejauh 800km dr 18 jun hgga 21 jun...oleh kerana tahun ini aku berkesempatan utk sama2 nk tgok dengan lebih dekat,maka tidaklah hamba mensia-siakan peluang ini..wakil rakyat pahang tengok sultan johor,bukan sape pun,warih koi jugak hehehe
pukul 9.00 pg, en suami pergi dulu dengan bos dia naik kembara felda..sebenanye setiap felda d daerah segamat ni ade pertandingn buat lempuk durian, so en suami pergi dulu bg memastikan anak buah dia melempuk durian dengan selempuk2nya...aku menyusul 2 jam kemudian, naik bas bersama GPW dan auntie2 penerokawati kat sini..
sampai di felda chemplak 30 minit kemudian , rombongan makcik2 kiah kami terus dijamu makan, ini mmg jd kebiasaan adat jawa meraikan tetamu dgn makanan..pastu terus ke tapak program di padang sek ren felda chemplak..jalan2 tgok warga felda yg sedang melempukkan durian mereka..
sultan dijadualkan datang 1.30..punye lamanya tunggu dari cuaca panas hingga la hujan tak berapa lebat..tapi rakyat jelata terus sabar menunggu ketibaan sultan kesayangan mereka..maka duduklah aku di bawah khemah,sambil memerhati gelagat rakyat jelata menunggu sang raja...pelbagai cenderahati sempena kembara ini diedarkan..dapat gak la wat kenangan..semua budak2 dpt rm5..betapa la aku mengharapkan kot2 org dewasa dpt rm50 pun jadilah..angan2ku dibawa angin lalu..
antara yg menarik perhatian adalah pokok periuk kera..kenal tak?yg terernya diorg leh masak pulut guna pokok ni..mmg hebat org melayu
pukul 2 ptg barulah sultan yg ditunggu2 pun tiba..maka berduyun-duyunlah rakyat jelata termasuk aku ke red carpet tmpat laluan si raja..kompang mesti ada,pastu persembahan silat,kemuadia barulah sultan bersama putera2 baginda mencemar duli melawat rakyat yg membuat lempuk..maka bersalaman dan bermesraanlah rakyat dengan raja mereka seolah2 sahabat yg sudah lama tidak berjumpa lagak mereka semua...dr jauh aku tgok sultan dan putera2nya bersalam dengan semua org yg beratur di hadapan laluan ..macam aku..sultanahnya Tg Zarith Sofiah xde la pulak..bila dah nk smpai kat aku terpaksa la aku meloloskan diri ke belakang agar tidak perlu bersalam...w.pun dia raja tp tetap lelaki...yg aku x paham ble aku berundur, ade pakcik tu tanya nape xnak salam..eh mane boleh sultan kan lelaki kataku..pakcik tu dengan selamba kata takpe la raja tu..hmmmmm...rasanya yg satu barisan pnjg aku td semua perempaun, dan mereka merasa amat bahagia dan berbangga dpt bersalam dengan raja mereka...sebelum tu aku dh gurau dengan en suami boleh ke nk salam..nasib baik dia menjawab dgn jawapan yg menggembirakan aku..tak boleh!!!
dapat la tgok sultan ibrahim dr dekat,dengan tg mahkota n 2 lg putera baginda yg tidak dinafikan kehenseman mereka..jd igauan para dara agaknya
dapat la tgok sultan ibrahim dr dekat,dengan tg mahkota n 2 lg putera baginda yg tidak dinafikan kehenseman mereka..jd igauan para dara agaknya
sambil sultan melawat khemah lempuk,putera2 baginda terus ke khemah yg disediakan utk main dart n dam aji manusia...biasa dam aji org guna buah dam, tp ni org yg bergerak..aku agak jakun dgn game ni sbb first time tgok..anak2 raja tu sbg pemerhati je...
dah selesai...majlis tak selesai lg,ade penyampaian bantuan utk rakyat jelata...maka pulanglah aku ke rumah dgn hati yg x berapa puas sbb lupa nk amik gambar ngn moto sultan...hehehe..
.en suami dapat bekalan lempuk bersama durian utk dibuat tempoyak...haha...mmg pueh ati la!
Saturday, 23 April 2011
Friday, 1 April 2011
Friday, 25 March 2011
Seronoknya Tinggal di Negeri Johor
Lusa, jiranku akan mengadakan kenduri kahwin, pernikahan puteri kedua mereka. ramai yang tahu, negeri Johor ini terdiri daripada ramai masyarakat Jawa. Oleh itu, majlis perkahwinan masih dilakukan secara gotong-rotong. walaupun ada khidmat caterer yang digunakan,tetapi semangat gotong royong masih menebal di kalangan mereka. Gotong royong yang dipanggil kerja kahwin akan bermula seawal seminggu sebelum majlis berlangsung, dan ia menjadi semakin meriah apabila semakin hampir dengan hari berlangsungnya majlis. Jika di tempat lain, suasana begini sudah hampir pupus dan amat jarang kelihatan.Semua pihak akan terlibat daripada kanak-kanak,remaja dan pastinya golongan dewasa.
Satu lagi adat masyarakat Jawa yang masih menebal adalah pemberian berkat. 'Berkat' adalah istilah buah tangan kepada tetamu apabila pulang daripada sesebuah kenduri.Orang Jawa menggunakan istilah bontrot..jangan tersalah sebut pulak ye.. Setiap kenduri yang diadakan waima kenduri kecil seperti bacaan yasin mingguan pun pasti tetamu akan pulang dengan tangan berisi. pergi kenduri memang best sebab dapat makan makanan yang best2,dan free pastinya.lagi best balik pulak dapat berkat . tapi bagi kami yang tinggal berdua ni, berkat kami tu akan dipanjangkan sedekahnya ke jiran sebelah.
menurut suamiku pula, selepas mengadakan kenduri yang besar seperti kenduri kahwin, masyarakat jawa akan memasak pula bubur sum2, dipercayai akan menghilangkan penat lelah dan bisa2 badan selepas penat mengadakan kenduri...yang ni adat je la, memang tak boleh percaya..
Perkara lain yang dikagumi di negeri Johor ini ialah majlis marhabannya. Apabila menjelang hari raya Aidilfitri maka pasti akan termuat dalam agenda hari raya itu majlis marhaban. Ia akan diadakan dari rumah ke rumah samaada yang tinggal di kampung,taman-taman perumahan ataupun Felda. Pada saya, semua masyarakat Johor dari kanak-kanak hingga golongan dewasa pasti biasa dengan suasana marhaban. malah yang amat membanggakan saya, dalam komuniti guru juga akan diadakan marhaban intra rumah2 guru, samaada mereka tinggal di taman atau kuarters. AJK kelab guru biasanya akan mengatur rumah yang ingin dikunjungi supaya perjalanan menjadi lancar. Juga akan dibincangkan tentang menu supaya ahli marhaban tidak pecah perut kerana terpaksa makan di setiap rumah :). ..Yang menariknya pula, ada juga guru2 yang bukan beragama Islam turut mengikuti bersama program marhaban yang sudah menjadi budaya masyarakat Johor ini.
Perkara lain yang menarik tentang negeri johor ini ialah sekolah agamanya. Jika di negeri lain, apabila masuk sekolah menengah biasanya tiada lagi pembelajaran sekolah agama KAFA. Tetapi di johor, walaupun pelajarnya sudah berada di tingkatan 3, tetapi ada di kalangan mereka yang masih belajar di sekolah agama di peringkat darjah masing2. Apabila tamat darjah 6, mereka boleh menyambungnya lagi ke kelas darjah khas.Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.Mereka yang memiliki sijil darjah khas akan mendapat banyak keistimewaan, antaranya ada beberapa jawatan dalam negeri johor ini yang meletakkan syarat perlu memiliki sijil darjah khas jika ingin memohonnya.
setakat itu lah yang saya dapat lihat keistimewaan tinggal di negeri johor, nanti jika ada keistimewaan yang lain saya akan ceritakan lagi.
Labels:
santai
Tuesday, 22 March 2011
it's my day
22 Mac 1978
tanggal ini 33 tahun yang lepas
aku kenal dunia ini
setelah melalui alam roh dan alam rahim
terima kasih ayah bonda
atas jasa kalian mencurah segalanya
titisan air susumu bonda
tidak terbalas walau dengan segunung emas
titisan keringatmu ayahanda
hanya Allah yang layak membalasnya
kini..
walaupun aku puteri kalian
yang sudah mencecah usia 33
namun kasih sayang kalian tidak pernah pudar
aku masih dilayan dan dibelai
lagak seorang puteri
betapa bertuah diri ini
syukur padaMu ya Rabb
atas segala nikmat dan kurnia
ibubapa yang menyayangiku
suami pencintaku yang setia
keluarga yang bahagia
sahabat yang membina
terima kasih semua....
Labels:
ilhamku
Subscribe to:
Posts (Atom)










