KELAHIRAN
Tanggal 18
Mac 2012 jam 2.48 pagi mama selamat melahirkan seorang puteri..Dia anugerah yang
dinanti hampir 4 tahun usia perkahwinan. Lahirnya secara normal tetapi dengan
proses induce kerana mama adalah pengidap kencing manis semasa mengandung. Apa
yang menariknya..masalah sebenarnya tuan puteri ini lahir tidak menangis selama
tiga minit menyebabkan semua panic. Akhirnya dimasukkan ke NICU untuk
pemeriksaan lanjut pakar. Namun begitu sempat juga abahnya mengazankan dan
mentahnikkannya sebelum dibawa ke NICU. Mama pula tidak berkesmpatan berjumpa
sofea selepas lahir kerana sofea terus ke nicu..abah terus berkejar ke kolej Kini di Bahau untuk
peksa.
.
Pagi ahad
tu disebabkan tiada nurse praktikal yang bertugas maka terpaksa lah tunggu
nurse shift pagi menolak mama ke wad. Apa yang ada dalam pemikiran mama ketika itu adalah
untuk menemui puteri mama sahaja. Tiada siapa yang menemani mama di wad pada ketika
itu. mama cuba bangun dan panggil nurse untuk membawa berjumpa sofea tapi
nurse kata rehat dulu, makan supaya ada tenaga dan mama sebenarnya tak boleh
banyak bergerak lagi kerana takut turun darah.
Pastu pak long datang untuk melihat keadaan mama. Nak
ajak pak long ke NICU pun tak boleh sebab hanya ibubapa sahaja yang boleh masuk. Selepas
berehat seketika, mama panggil nurse lagi untuk bawa ke nicu. Mujurlah ada nurse
yang sudi untuk tolong. Sampai di nicu wah kesiannya tengok sofea ada wayar
oksigen di hidungnya..doktor kata kerana dia bernafas sangat laju semalam.
Tapi .. pagi ni dah semakin stabil..
syukurlah..seronok dapat jumpa tuan puteri ni.. petang nanti mama datang lagi
dengan abah ye sayang..
Doc ckp sofea diberi antibiotik dan perlu dipntau beberapa hari utk lihat perkembangannya..so bermula la episod berkampung di HOSHAS
Ptg tu juga nenek dan atuk dari melaka dan pahang dtg, tp xdpt tgok cucu
Berat sofea masa lahir 2.45 kg
No comments:
Post a Comment