Powered By Blogger

Wednesday 26 November 2014

SOFEA EINSYIRAH

KELAHIRAN

Tanggal 18 Mac 2012 jam 2.48 pagi mama selamat melahirkan seorang puteri..Dia anugerah yang dinanti hampir 4 tahun usia perkahwinan. Lahirnya secara normal tetapi dengan proses induce kerana mama adalah pengidap kencing manis semasa mengandung. Apa yang menariknya..masalah sebenarnya tuan puteri ini lahir tidak menangis selama tiga minit menyebabkan semua panic. Akhirnya dimasukkan ke NICU untuk pemeriksaan lanjut pakar. Namun begitu sempat juga abahnya mengazankan dan mentahnikkannya sebelum dibawa ke NICU. Mama pula tidak berkesmpatan berjumpa sofea selepas lahir kerana sofea terus ke nicu..abah terus berkejar ke kolej Kini di Bahau untuk peksa.
.
Pagi ahad tu disebabkan tiada nurse praktikal yang bertugas maka terpaksa lah tunggu nurse shift pagi menolak mama ke wad. Apa yang ada dalam pemikiran mama ketika itu adalah untuk menemui puteri mama sahaja. Tiada siapa yang menemani mama di wad pada ketika itu. mama cuba bangun dan panggil nurse untuk membawa berjumpa sofea tapi nurse kata rehat dulu, makan supaya ada tenaga dan mama sebenarnya tak boleh banyak bergerak lagi kerana takut turun darah.

Pastu pak long datang untuk melihat keadaan mama. Nak ajak pak long ke NICU pun tak boleh sebab hanya ibubapa sahaja yang boleh masuk. Selepas berehat seketika, mama panggil nurse lagi untuk bawa ke nicu. Mujurlah ada nurse yang sudi untuk tolong. Sampai di nicu wah kesiannya tengok sofea ada wayar oksigen di hidungnya..doktor kata kerana dia bernafas sangat laju semalam. Tapi  .. pagi ni dah semakin stabil.. syukurlah..seronok dapat jumpa tuan puteri ni.. petang nanti mama datang lagi dengan abah ye sayang..

Doc ckp sofea diberi antibiotik dan perlu dipntau beberapa hari utk lihat perkembangannya..so bermula la episod berkampung di HOSHAS

Ptg tu juga nenek dan atuk dari melaka dan pahang dtg, tp xdpt tgok cucu

Berat sofea masa lahir 2.45 kg
salam buat semua..
oleh kerana tujuan asal penubuhan blog ini adalah cerita utk anak2 mama, maka coretan kali ini adalah cerita untuk tahun2 tahun sebelum ini... dengor tu..tahun2 sebelum ini means blog ni tak berpenghuni sejak beberapa tahun..
alhamdulillah diberi kesempatan dan ruang untuk terus menukil kata..
dan...cerita selepas ini adalah kisah paling suka dan duka dalam kehidupan ini...

tragedi SOFEA EINSYIRAH 

Tuesday 29 November 2011

d baby growth in my womb

now i'm 23rd week of pregnancy...d moment we wait most..at dis moment
my weight : 71 kg..
my baby's weight : 495gm
i'm a high risk mother's category as having GDM at early stage of pregnancy...but then thanks Allah coz my baby grow well..

Sunday 19 June 2011

SELAMAT HARI BAPA 2011

STANZA BUAT ABAH...
HJ SAID BIN HJ SALLEH


tidak terucap kata syukur
buatmu abah yang amat besar jasa
mendidik dan membesarkan ku
dan abang kakak adik yang lain
tanpa sedikit riak putus asa dan kecewa
dari awal mengenalkan kami makrifatullah
bekalan buat sepanjang hayat kami
hinggalah kami sedewasa ini
abah masih terus mencurah ilmu dan kasih


walau kini kami semua telah dewasa
syukur masih diberi peluang membalas jasa
biar tidak terbalas segala tumpah keringatmu
namun masih berpeluang memanggil namamu


abah...
meniti umur di kala ini
amat perit buat dirimu
namun semangat yang menemanimu
menjadi penerus perjuangan anak-anakmu
walau anakmu bergelar suri kepada sang suami
namun abah tetap teratas untuk dicurahkan cinta


abah...
kami sayang abah
moga Allah terus mencurah rahmat dan nikmatnya
kepada abah..


wajah2 kesayangan

abah diserang sakit TB awal tahun aritu, kene makan ubat setiap hari dan wat follow uo setiap bulan...syafakallah...ni la ubat yg abh kene makan

ini pulak adalah teman yg setia menemani abah..ibuku isteri paling solehah..moga aku mewarisinya



Saturday 18 June 2011

kEmBaRa MaHkOtA JoHor 2011

hari ini aku berkesempatan menghadiri satu program yang amat dinantikan oleh sekalian warga rakyat negeri johor...KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011...ini mmg acara tahunan Tg Ibrahim sejak jd tg mahkota sampai skang dah jd sultan pun..tahun ni ekspedisi baginda melalui jalan air dan darat, bermula dr jeti di kg jorak muar,akan melalui perjalanan sejauh 800km dr 18 jun hgga 21 jun...oleh kerana tahun ini aku berkesempatan utk sama2 nk tgok dengan lebih dekat,maka tidaklah hamba mensia-siakan peluang ini..wakil rakyat pahang tengok sultan johor,bukan sape pun,warih koi jugak hehehe

pukul 9.00 pg, en suami pergi dulu dengan bos dia naik kembara felda..sebenanye setiap felda d daerah segamat ni ade pertandingn buat lempuk durian, so en suami pergi dulu bg memastikan anak buah dia melempuk durian dengan selempuk2nya...aku menyusul 2 jam kemudian, naik bas bersama GPW dan auntie2 penerokawati kat sini..
sampai di felda chemplak 30 minit kemudian , rombongan makcik2 kiah kami terus dijamu makan, ini mmg jd kebiasaan adat jawa meraikan tetamu dgn makanan..pastu terus ke tapak program di padang sek ren felda chemplak..jalan2 tgok warga felda yg sedang melempukkan durian mereka..

sultan dijadualkan datang 1.30..punye lamanya tunggu dari cuaca panas hingga la hujan tak berapa lebat..tapi rakyat jelata terus sabar menunggu ketibaan sultan kesayangan mereka..maka duduklah aku di bawah khemah,sambil memerhati gelagat rakyat jelata menunggu sang raja...pelbagai cenderahati sempena kembara ini diedarkan..dapat gak la wat kenangan..semua budak2 dpt rm5..betapa la aku mengharapkan kot2 org dewasa dpt rm50 pun jadilah..angan2ku dibawa angin lalu..
antara yg menarik perhatian adalah pokok periuk kera..kenal tak?yg terernya diorg leh masak pulut guna pokok ni..mmg hebat org melayu

pukul 2 ptg barulah sultan yg ditunggu2 pun tiba..maka berduyun-duyunlah rakyat jelata termasuk aku ke red carpet tmpat laluan si raja..kompang mesti ada,pastu persembahan silat,kemuadia barulah sultan bersama putera2 baginda mencemar duli melawat rakyat yg membuat lempuk..maka bersalaman dan bermesraanlah rakyat dengan raja mereka seolah2 sahabat yg sudah lama tidak berjumpa lagak mereka semua...dr jauh aku tgok sultan dan putera2nya bersalam dengan semua org yg beratur di hadapan laluan ..macam aku..sultanahnya Tg Zarith Sofiah xde la pulak..bila dah nk smpai kat aku terpaksa la aku meloloskan diri ke belakang agar tidak perlu bersalam...w.pun dia raja tp tetap lelaki...yg aku x paham ble aku berundur, ade pakcik tu tanya nape xnak salam..eh mane boleh sultan kan lelaki kataku..pakcik tu dengan selamba kata takpe la raja tu..hmmmmm...rasanya yg satu barisan pnjg aku td semua perempaun, dan mereka merasa amat bahagia dan berbangga dpt bersalam dengan raja mereka...sebelum tu aku dh gurau dengan en suami boleh ke nk salam..nasib baik dia menjawab dgn jawapan yg menggembirakan aku..tak boleh!!!

dapat la tgok sultan ibrahim dr dekat,dengan tg mahkota n 2 lg putera baginda yg tidak dinafikan kehenseman mereka..jd igauan para dara agaknya




sambil sultan melawat khemah lempuk,putera2 baginda terus ke khemah yg disediakan utk main dart n dam aji manusia...biasa dam aji org guna buah dam, tp ni org yg bergerak..aku agak jakun dgn game ni sbb first time tgok..anak2 raja tu sbg pemerhati je...


dah selesai...majlis tak selesai lg,ade penyampaian bantuan utk rakyat jelata...maka pulanglah aku ke rumah dgn hati yg x berapa puas sbb lupa nk amik gambar ngn moto sultan...hehehe..

.en suami dapat bekalan lempuk bersama durian utk dibuat tempoyak...haha...mmg pueh ati la!