Powered By Blogger

Friday, 25 March 2011

Seronoknya Tinggal di Negeri Johor

Lusa, jiranku akan mengadakan kenduri kahwin, pernikahan puteri kedua mereka. ramai yang tahu, negeri Johor ini terdiri daripada ramai masyarakat Jawa. Oleh itu, majlis perkahwinan masih dilakukan secara gotong-rotong. walaupun ada khidmat caterer yang digunakan,tetapi semangat gotong royong masih menebal di kalangan mereka. Gotong royong yang dipanggil kerja kahwin akan bermula seawal seminggu sebelum majlis berlangsung, dan ia menjadi semakin meriah apabila semakin hampir dengan hari berlangsungnya majlis. Jika di tempat lain, suasana begini sudah hampir pupus dan amat jarang kelihatan.Semua pihak akan terlibat daripada kanak-kanak,remaja dan pastinya golongan dewasa. 

Satu lagi adat masyarakat Jawa yang masih menebal adalah pemberian berkat. 'Berkat' adalah istilah buah tangan kepada tetamu apabila pulang daripada sesebuah kenduri.Orang Jawa menggunakan istilah bontrot..jangan tersalah sebut pulak ye.. Setiap kenduri yang diadakan waima kenduri kecil seperti bacaan yasin mingguan pun pasti tetamu akan pulang dengan tangan berisi. pergi kenduri memang best sebab dapat makan makanan yang best2,dan free pastinya.lagi best balik pulak dapat berkat . tapi bagi kami yang tinggal berdua ni, berkat kami tu akan dipanjangkan sedekahnya ke jiran sebelah.
menurut suamiku pula, selepas mengadakan kenduri yang besar seperti kenduri kahwin, masyarakat jawa akan memasak pula bubur sum2, dipercayai akan menghilangkan penat lelah dan bisa2 badan selepas penat mengadakan kenduri...yang ni adat je la, memang tak boleh percaya..

Perkara lain yang dikagumi di negeri Johor ini ialah majlis marhabannya. Apabila menjelang hari raya Aidilfitri maka pasti akan termuat dalam agenda hari raya itu majlis marhaban. Ia akan diadakan dari rumah ke rumah samaada yang tinggal di kampung,taman-taman perumahan ataupun Felda. Pada saya, semua masyarakat Johor dari kanak-kanak hingga golongan dewasa pasti biasa dengan suasana marhaban. malah yang amat membanggakan saya, dalam komuniti guru juga akan diadakan marhaban intra rumah2 guru, samaada mereka tinggal di taman atau kuarters. AJK kelab guru biasanya akan mengatur rumah yang ingin dikunjungi supaya perjalanan menjadi lancar. Juga akan dibincangkan tentang menu supaya ahli marhaban tidak pecah perut kerana terpaksa makan di setiap rumah :). ..Yang menariknya pula, ada juga guru2 yang bukan beragama Islam turut mengikuti bersama program marhaban yang sudah menjadi budaya masyarakat Johor ini.

Perkara lain yang menarik tentang negeri johor ini ialah sekolah agamanya. Jika di negeri lain, apabila masuk sekolah menengah biasanya tiada lagi pembelajaran sekolah agama KAFA. Tetapi di johor, walaupun pelajarnya sudah berada di tingkatan 3, tetapi ada di kalangan mereka yang masih belajar di sekolah agama di peringkat darjah masing2. Apabila tamat darjah 6, mereka boleh menyambungnya lagi ke kelas darjah khas.Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.Mereka yang memiliki sijil darjah khas akan mendapat banyak keistimewaan, antaranya ada beberapa jawatan dalam negeri johor ini yang meletakkan syarat perlu memiliki sijil darjah khas jika ingin memohonnya. 

setakat itu lah yang saya dapat lihat keistimewaan tinggal di negeri johor, nanti jika ada keistimewaan yang lain saya akan ceritakan lagi.


Tuesday, 22 March 2011

it's my day



22 Mac 1978
tanggal ini 33 tahun yang lepas
aku kenal dunia ini
setelah melalui alam roh dan alam rahim
terima kasih ayah bonda
atas jasa kalian mencurah segalanya
titisan air susumu bonda
tidak terbalas walau dengan segunung emas
titisan keringatmu ayahanda
hanya Allah yang layak membalasnya
kini..
walaupun aku puteri kalian
yang sudah mencecah usia 33
namun kasih sayang kalian tidak pernah pudar
aku masih dilayan dan dibelai
lagak seorang puteri 
betapa bertuah diri ini
syukur padaMu ya Rabb
atas segala nikmat dan kurnia
ibubapa yang menyayangiku
suami pencintaku yang setia
keluarga yang bahagia
sahabat yang membina
terima kasih semua....

Saturday, 19 March 2011

bila ia akan berakhir?

Usai membaca akhbar pedana hari ini, saya dilanda rasa sayu dan sebak..jua diselangi amarah dan geram.mengapa tajuk akhbar hari ini masih menukilkan tentang pembuangan bayi.
Mungkinkah selepas ini, kita akan hilang sensitiviti tentang pembuangan bayi, sebagaimana hilangnya sensitiviti kebanyakan kita tentang maksiat. Pada awal kemunculan golongan remaja muda mudi bernoda maksiat zina, ramai yang menentang, ramai yang melontarkan komen dan kritikan, tetapi lama-kelamaan apabila barah maksiat ini sudah menjelajah ke seluruh tubuh masyarakat, ia seakan-akan sesuatu yang diterima. Masakan tidak, lihat sahaja ibubapa juga kian tidak endah apabila anak mereka tidak segan silu membawa pacar pulang ke rumah. Malah hingga dibawa ke dalam rumah walaupun belum ada ikatan yang sah.
Nah, lihatlah kini hasil maksiat yang bermaharajalela tersebut, lahirlah pula fenomena membuang bayi. Maka apabila perkara ini sudah lali didengar oleh masyarakat, hilanglah rasa sensitif pada perkara tersebut. Mungkin di satu ketika nanti kita cuma akan berkata 'alah,biasalah buang bayi,apa nak dikecohkan'...Ya...apabila hilang sensitiviti kita pada sesuatu perkara, maka satu lagi jenayah dosa akan dihalalkan. Saya tidak mahu pekara seumpama ini berlaku, saya pasti anda jua tidak mahu begitu.
Jadi apakah peranan kita dalam menangani kebejatan sosial masyarakat yang tidak tahu dari mana untuk kita ubah. Sebenarnya biarlah kita semua memainkan peranan tersebut, kerana masa depan kita adalah di tangan negara kita sendiri. Mungkin ibubapa kini perlu dihantar kursus mendidik anak-anak zaman kini, kerana kegagalan ibubapa mendidik anak dengan sempurna, adalah faktor utama menyumbang ke arah fenomena ini. Mana mungkin kita salahkan teknologi, atau persekitaran yang menjadi puncanya, kerana segala-galanya bermula daripada rumah.Keluarga yang elok pasti menghasilkan masyarakat yang baik. Apabila baik sesuatu masyarakat, persekitarannya jua akan menjadi baik. Maka, tidak perlu dirisaukan akan persekitaran yang dihadapi oleh anak-anak apabila semua keluarga mendidik anak-anak dengan persekitaran yang baik.
Ayuhlah para ibu dan bapa, didiklah anakmu mengenal syurga dan neraka, kerana itulah asas membina bahagia, kenalkan anak-anak dengan dosa dan pahala, kenalkan mereka dengan Pencipta Yang Maha Esa, agar mereka tidak lupa diri bila berdepan masalah dunia. 
Budaya AmarMakruf dan Nahi Mungkar perlu dihidupkan semula, sifat menjaga tepi kain orang perlu ada untuk kemaslahatan bersama, agar semua menikmati suasana masyarakat yang bebas maksiat.Semoga tiada lagi berita pembuangan bayi ini di dada akhbar suatu hari nanti.

Thursday, 17 March 2011

merong dan embok

semalam 17 mac 2011, suamiku membawa pulang 2 ekor kucing yang dijumpai..yang telah ditinggalkan di tempat yang tiada orang...dah lama kami cadang nak bela kucing..tp mungkin semalam kucing itulah yang jadi rezeki kami..umur diorang dalam 4 minggu..dah pandai semua...so xde la berat sangat kerja nak uruskan diorang...
kenapa dinamakan merong dan embok? biasala pengaruh cerita hikayat merong mahawangsa yang sedang melanda malaysia sekarang..hmmm suka dah ada kawan di rumah..tp sebenarnya rumah ni pun dah macam tempat permainan binatang..sebab selain kucing ada tupai2 sesat yang menumpang :)

comel sangat..tp ni bukan gambar sebenar :)

Wednesday, 16 March 2011

dedikasi buat anak2 abah dan mama

sebuah catatan adalah satu sejarah
maka setiap yang terjadi pada hari-hari nan berlalu
akan menjadi sejarah buat renungan dan pedoman
buat anak-anak yang tercinta
moga kalian akan lebih mengenali ayahbonda
yang sabar menanti kehadiran kalian...
walaupun kini usia perkahwinan hampir menjejak usia 3 tahun
kalian masih belum direzekikan
resah gelisah tiada terucap
namun redha dengan ketentuan
tanpa putus asa
mengharap kehadian putera puteri
qurratu aini ~penyejuk mata ayahbonda~

amukan tsunami

sana sini seisi dunia menjadi gempar
amukan tsunami dan gegak gempita goncangan alam
satu daripada ingatan Tuhan
buat kita semua yang bergelar insan
agar tidak lalai dan tidak lupa
merenung diri serba kekurangan
usah mendabik dada
walau ilmu setinggi Everest
usah takbur bicara
teknologi hebat dicanang sedunia
hanya air yang Maha Berkuasa alirkan
rakus mengheret bangunan dan kereta
hatta bahtera di lautan mendarat di daratan
yang megah terbang di udara
jua tesadai dibawa arus
tidak mengenal mangsa
kerana ia juga
makhluk yang taat pada perintah TuhanNya
maka...
nilailah kembali ketaatan kita pada yang Maha Esa

live ur life

salam muqaddimah....
aku suka menulis
aku tahu aku boleh menulis
walaupun lewat mengikuti arena blog
yang sudah menjadi fenemona seluruh alam buana
itu bukan satu alasan untuk tidak bersama yang lain
kata orang 'better late than never'...
jadi...
bermulalah alkisah cerita tentang sebuah kehidupan
luahan rasa dan lontaran idea